Assalamualaikum.. Hye.. Untuk entry nie, Zu nak share apa yang bestnya hidup single.. Means kelebihan hidup single daripada couple.. Ramai sangat chat dengan Zu, cakap boring bila single and majoriti yang cakap tu semua baru lepas clash.. Sayang.. Awak nak tahu apa yang best?? Ok.. Zu share bersama..
1 - Kita bebas nak buat apa yang kita suka.. Means kita bebas nak wat apa yang kita minat.. Contoh, silat ke, nak melalak ke, nak hiking ke.. Tak ada siapa yang halang..
2 - Kita nak pegi mana, itu kita punya suka la... Hehehe.. Maksud Zu kat sini, tak payah nak report kat sesiapa.. Cuma report kat mak ayah je..
3 - Kita pon bebas nak keluar ngan sesiapa pon.. Tak ada siapa nak marah, nak terasa bagai..
4 - Masa kita lebih terluang dengan keluarga dan sahabat-sahabat.. Bukan berdua tapi beramai.. Enjoy kan..
5 - Tak ada nak cover-cover cantik nie.. Tak payah.. Just sempoi.. Jadi diri sendiri.. Nak ayu-ayu, buat ape?? Tak nak mekap, kita punya suka la.. Kan?? Hahaha.. Janji selesa.. Right???
6 - Kita tak payah nak fikir hal nak pujuk-pujuk nie sume.. Nak merajuk bagai.. Tak ada.. Enjoy your life.. Nak touching lebih pon tolak tepi la.. Hahahaha..
7 - Masa single lebih dengan Al-Quran.. Dalam hati, Allah, Rasulullah and Al-Quran.. Kita susah, Allah kita ingat dulu.. Bukan mana-mana lelaki or perempuan..
8 - Orang single nie selalunya manja.. Maksud manja Zu, ramai yang caring tentang dia..
9 - Orang single lagi ramai sahabat berbanding dengan orang couple sebab orang single kumpul sahabat.. Kenapa Zu cakap macam tu?? Orang lebih selesa berkawan dengan orang single nie.. Sentiasa ceria tanpa fikir masalah..
10 - Tak banyak sangat dengan gadget nie.. Handset bagai.. Tak ada.. Orang single nie kurang nak wassap-wassap nie.. Hahaha
11 - Orang single nie lebih suka sukan lasak.. Biar la lasak ke, comot ke, ganas ke.. Kadang-kadang itu boleh protect diri dia yang single mingle tu.. Hehehe...
12 - Dia gunakan masa single die betul-betul sebelum kawin.. Ini makna single sebenar.. Lepas kahwin nanti, terikat kan.. Lagi banyak kena jaga.. Hehehe.. So, dia enjoy sepuasnya..
13 - Lebih berdikari.. Nak pergi mana-mana, sendiri.. Ada masalah, cuba selesaikan sendiri.. Sedih, cuba pendam.. Bukan sememeh yang nak mengadu sana sini.. Orang single lebih kuat hati nya.. Dia boleh bangun sendiri bila dia down..
14 - Orang single lebih banyak muhasabah diri.. Bila banyak masa menyendiri, dorang akan fikir, apa yang baik dan apa yang buruk.. Then cuba berubah ke arah kebaikan.. In Shaa Allah..
15 - Fikiran orang single lebih meluas.. Emang ada kalanya perangai tak matang.. Tapi bila di minta untuk berikan pendapat or nasihat, dorang lebih matang berfikir..
16 - Nak merayau sorang pon, ape ada hal??? Selamba la.. Makan sorang pon tak kesah..
17 - Orang single nie lebih berhati-hati dengan lelaki.. Dia kurang sikit nak percaya lelaki.. So, dirinya terpelihara..
18 - Orang yang dah biasa single akan kaku kalau keluar berdua dengan lelaki walau dengan kawan dia.. Tak selesa.. At least bertiga.. Hahaha.. Sebab date berdua bukan dunia dia..
19 - Mak ayah di letakkan sebagai priority.. Then sahabat.. Baru lah orang sekeliling.. Dorang tak kan pentingkan orang lain even seseorang tu crush die..
20 - Single kurang mendatangkna dosa.. Bukan Zu cakap couple banyak mendatangkan dosa.. Tapi kalau kita jaga, In Shaa Allah terhindar dari dosa..
So.. Kamu.. Kamu.. Kamu.. Yang single tu.. Jangan nak sedih ok.. Kamu dah cukup bertuah orang yang menyayangi kamu sentiasa di sisi.. Kamu sedih tak keseorangan tapi beramai.. Masalah sunyi?? Jika kamu letak Allah NO.1 dalam hati kamu, kamu tak kan rasa sunyi.. Percayalah.. And kamu ada family dan sahabat kan.. Apa nak di herankan.. Betul tak??
Entry Zu nie bukan nak mengutuk orang bercouple.. Tak.. Kepada yang bercouple tu, kamu jaga relationship kamu dan niatkan ke jinjang pelamin.. In Shaa Allah diredhai.. Ramai kawan Zu yang rapat ngan Zu, then clash.. Kenapa??? Dorang cakap, dorang selesa tengok Zu single.. Happy selalu.. Sayang.. Jangan ikut orang.. Ikutlah kata hati..
Have fun korang.. Hope bahagia selalu.. Moga jodoh datang mengambil korang sebagai yang halal.. Amin..
Wassalam..


No comments:
Post a Comment